Skip to main content

BACKPAKER KOREA (BASIC)

Hi okay basically dah lama tak tulis dekat blog, last zaman belajar dulu maybe 2 atau 1 tahun yang lepas. Ok i will start with trip backpacker ke korea. Pertama sekali, trip ni sesuai untuk pergi dengan family, kawan kawan atau nak pergi healing sorang-sorang pun boleh. So, yang i pergi ni dia macam healing trip sebab bawak adik & her friend jadi dia orang dua orang and i sorang sorang so lonely sikit la hahahah

I will share the budget;

1) Flight Air Asia + 20 kg luggage (pergi & balik) + pilih seat = RM1768 

(tidak termasuk makanan dlm flight) (1 person)

2) Beewon guest house = RM700 ( 3 person) ; RM233.33 ( 1 person)

3) Winter gear (cloth & accessories) = RM1500

(beli dekat travel for all, uniqlo & bundle) (1 person)

4) Money change = RM 4000 (ikut korang nak tukar berapa korang boleh cut shopping punya cost) 

Budget Perjalanan ( Transportation + Entance)

T-Money Card = 50,000 won

Incheon Airport Bus = 17,000 won

Taxi (balik) = 26,700 won

Rental Hanbok = 23,000 won

Nami Island = 16,000 won

Petite France = 12,000 won

Itx balik seoul = 5,700 won

Total = 150,400 won (RM523)

TOTAL BUDGET MALAYSIA : 7,501.33



IMPORTANT THINGS;

Kalau pergi time salji beli long john & inner warmer (uniqlo / decathlon), sarung tangan, kasut boleh pakai kasut sukan biasa no problem and korang boleh beli boot dekat korea lawa lawa kalau pandai mintak murah, range harga RM100-RM150 pure leather. Jangan lupa beli winter coat dekat travel for all, i recommend to buy only one kalau ada adik beradik boleh tukar tukar nanti. Akhir sekali, bawak panadol, certizine dan ubat mabuk (ni makan masa dalam flight maybe ada yang mabuk sebab perjalanan 6 jam 30 minit)

Kalau pergi waktu musim bunga ke musim luruh cuaca still sejuk tetapi tak sesejuk time salji. Masa pergi first time ke korea dengan family time musim luruh jadi cuaca nyaman, rasa macam sipi sipi je sejuk dia. Yang ni tak perlu beli winter gear pakai baju macam biasa je. Cuma siapa yang tak tahan sejuk bawak la sweater malam dia lebih sejuk dari siang hari.

Kalau tanya musim mana yang lagi best dua dua best cuma musim sejuk dia banyak habis duit sikit la sebab nak beli winter gear kalau musim bunga ke luruh dia save bahagian budget pembelian di malaysia.

THINGS MUST  DO BEFORE GO TO KOREA:

1) K- ETA ( sebaik baiknya 2 minggu / 3 hari sebelum bertolak ke korea) 

korang kena buat benda ni dia macam declaration form kena isi ( pastikan waktu ni hotel, tiket flight dan passport dah ada sebab dia perlukan maklumat itu; no phone korea boleh letak no guesthouse atau hotel). Setiap orang kena apply K-ETA bayaran bentuk won korea 10,300 won (credit card).

i buat dekat apps dia K-ETA senang nak isi form.

2) Q- code (ni macam my sejahtera dekat sana  tapi apply sekali je) buat 2 hari sebelum flight. 

Bila semua dah approve printkan je semua tiket flight pergi balik, K-ETA, document tempat tinggal (agoda/travalog/etc) dan jangan lupa download Q-code sebab dekat korea nanti kenan scan

Ok la nanti kita buat itinerary pulak and budget jalan dekat korea pulak. Bye bye


Comments