Skip to main content

Nami Island & Petite France (Gapyeong Session)

Holla okay untuk posting kalini focus on road jauh sikit and kalau boleh untuk pergi ni peruntukan masa satu hari. Kalau tak pergi i rasa rugi la sebab best sangat. Untuk pergi location ni i suggest untuk bawak bekal sebab takut lapar kira emergency food supply la gituu...

Okay first korang kena stop dekat cheongnyangni line 1 nak exhange to Gyeongchun line (sebab nak naik itx).Dah sampai dekat station cheongnyangni korang naik lift pergi tingkat penjualan tiket untuk itx (confirmkan dekat information centre). Lepastu korang beli tiket itx untuk pergi gapyeong (harga tiket 5,700won) bayaran boleh guna card t-money. Follow masa dan no train yang tertulis dekat tiket. No.4 tu lokasi gerabak yang mana anda perlu naik, dia ada tulis dekat lantai sebelum masuk train so tengok dekat situ tau. 15D tu nombor seat. Lepas dah settle semua boleh la rileks sehingga sampai ke destination.

so bila dah beli akan dapat tiket macam ni

Dah sampai dekat gapyeong nanti ada bus station, bus tu adalah khas untuk tour semua tempat dekat gapyeong (kiranya shuttle bus la). Dia beli tiket sekali je pergi dan balik bayaran boleh guna card t money tapi syarat dia jangan hilang tiket bus tu setiap kali naik kena tunjuk tiket tu (bas akan datang setiap 15-20min). Harga tiket 8000 won.

ni timetable shuttle bus so jangan risau bus sentiasa ada

Okay tenpat yang famous orang selalu pergi nami island, petite france & morning calm. Macam i tak berapa minat sangat bunga bunga so focus dekat nai island & petite france je so takde la terkejar kejar sangat.

Tempat pertama i pergi nami island, untuk pergi nami korang ada dua cara sama ada naik ferry atau zip-wire hahahah. Sapa yang suka sukan lasat yang tahap extreme dia 5 star boleh la try harga lebih kurang 50000 won ke atas. Kalau naik ferry sorang 16000 won. Dekat sini kira memang best la korang boleh naik basikal, lepastu tangkap gambar, pemandangan, zoo and paling utama sekali makan(tempat makan nanti tengok dekat post makan ye hahah karang jadi terlampau panjang) Banyak aktiviti boleh buat, so korang kena pusing habis satu nami sampai hujung baru puas hati. Surau dekat sini pun selesa boleh la jamak solat sebab dekat tempat lain susah sikit nak cari surau. 



Lepastu untuk pergi next destination korang naik bas balik dekat tempat yang sama pemandu bas turunkan korang tadi. dekat situ akan nampak bust stop lepastu tunggu bus dekat opposite bus stop, kalau korang tak perasan bus stop korang cari convenience stor 25 hah tunggu dekat situ. Then tunjuk la tiket supaya korang tak kena bayar balik 8000 won.

tiket dia bentuk macam ni, kecik je so simpan elok elok

Okay next destination pergi petite france yang ni perjalanan jauh sikit makan 1 jam 30 minit jugak. so kalau siapa yang mabuk bas pening kepala disarankan pejam mata. jangan risau pakcik bas tu akan jerit kuat sampai kau terjaga kalau dah sampai destinasi. Dekat sini korang boleh buat post card untuk diri sendiri atau untuk someone special dia ada slow delivery maksudnya penghantaran tu tak tahu bila so dia macam romantik sikit la. Tempat ni famous sebab runningman dengan cerita my love from the star.
Lepastu dah habis dekat sini nak balik korang boleh sama ada nak teruskan jalan pergi morning calm atau nak balik itu terpulang okay. Sebabkan i waktu tu dah malam bas pun dah terakhir so i balik.




Untuk balik ada dua cara sama ada nak naik dekat station cheongpyeong station atau gapyeong station dua dua boleh tengok keadaan. Kalau cheongpyeong tu lagi dekat la cuma masa i last bus pergi ke gapyeong so no problem pun cuma lambat sikit sampai seoul. Korang boleh beli dekat mesin tiket tulis card & cash. Pilih itx and pilih destination ke cheongnyangni (5700 won) atau pun kalau takde pilih yongsan (6000 won) pun boleh takde masalah bayaran je lain sikit 


itulah pengakhiran bagi post interesting places & gapyeong session. I pergi ni 7D6N so agak puas hati la dekat situ. Tricks untuk pergi korea jangan pergi musim cuti sekolah ramai orang sangat and bus semua akan pack. Yang i pergi ni gamble je alhamdulillah semua dipermudahkan.








Comments