Skip to main content

Subway Map / Subway Train Korea

 Hi dekat sini macam mana nak tengok subway map/ subway train dekat korea.




Nampakkan banyak warna okay setiap line warna tu ada nombor dan jugak nama line. Contoh line orange tu (line 3). 

So kalau nak tukar line contoh nak pergi dongdaemun, kena tukar line orange (line3) ke line biru (line1) i kena turun dekat station yang ada intersection iaitu dekat jogno-3-ga lepastu baru teruskan perjalanan dan turun dekat dongdaemun station. Setiap station pulak ada exit yang berlainan so kena tengok betul betul exit yang kita nak keluar takut jauh dengan destinasi kita (exit pun ada ditulis dekat signboard). 

Nanti dia akan bagi signboard so ikut je signboard pastikan korang tahu nak pergi line apa and contoh kalau takde nama tempat korang dekat signboard tengok map balik and tengok dekat hujung line apa nama tempat dia mesti ada tertulis dekat signboard. Tengok betul tak ke arah map korang jalan tu. Insya allah takkan sesat cuma station dia orang ni kena banyak berjalan. Senang cerita macam MRT la hahahahah....I swear malam tidur kaki korang memang tak rasa hahaha....

Comments