Lapar la pulak tulis entry kali ni sebab cari balik gambar and video 4 bulan lepas terasa rindu korea hahahaha... guys sebelum tu makanan korea agak pricy sedikit jadi standby duit secukupnya ye ataupun follow your own budget. Kalau macam i memang focus on food so banyak habis dekat food tapi shopping pun banyak jugak!!! ntah la nakkkkk
Okay sambung part 2 okay ni kita fokus dekat Myeondong syurga makanan halal food !!
BUSAN JIB tapi i tak pernah bosan dengan makanan dia !!! HAHAHAH okay dekat sini ada macam macam makanan terlampau banyak dari ayam goreng korea ke grill atau ikan panggang plus samgyetang pun ada. Untuk pergi kesini korang kena pergi kehadapan sikit sampai la jumpa kedai Iphone. Masuk kanan nampak dah. Pekerja dekat sini banyak student dan muslim. Dua hari berturut i makan dekat sini hahahahah so itaewon goodbye.
Kenangan manis masa makan daging malam kedua terakhir ada brother belanja meja kami happy sangat rezeki. Betullah ada pelangi selepas hujan sebab sebelum tu ada kehilangan wang tapi tak banyak lepastu allah bagi rezeki berlipat ganda lagi. Anyway thank brother 😇
Last mesti try punya caffeine dia tapi bukan taste la but aesthetic dia nice. For me betul la pepatah ada cakap dont judge a book by its cover.
Comments
Post a Comment