Skip to main content

Makan Halal Korea (Seoul) Wajib Cuba !!!

 Okay kita sambung pulak makanan halal apa yang wajib cuba dan jangan MISSED OUT!! Basically yang kali ni punya trip berbeza dengan masa first time dulu. Banyak kedai yang dulu tak jual bab* dan arak sekarang dah ada jual. Almaklumlah ekonomi lepas covid kan merosot jadi pekedai yang dahulu muslim friendly ada yang sudah berubah. Jadi saya nasihatkan jika anda ragu ragu and boleh check halal food di website Korea Tourism Malaysia (KTO) ataupun di instagram mereka. 

So lets go food adventure gituuu hahahah.. Makanan korea memang kira antara makanan yang popular disuruh pelusuk dunia (rileks yang tak suka tu takpe jangan la badmouth makanan negara lain okay)


Apa lagi jom start!!! 

Namsan Seoul Tower boleh try 1) Vege Taco 2) Ice Cream Churros (strawberry).  Sambil makan boleh tengok pemandangan kota Seoul. I swear if you guys love building scenery plus with beautiful blue sky you should lepak here !! 

                         


Gapyeong food station. So saya nasihatkan untuk gapyeong session korang bawak bekal macam roti atau biskut incase korang lambat jumpa tempat ni sebab if ikut laluan bas dan pergi nami island & petite france tempat makanan hanya ada di nami island. I suggest you went to nami island and then after eat lunch you all boleh pergi ke next destination.

Okay seperti dalam gambar sebenarnya sebelum ni ada nasi goncang tau and sumpah sedap gila tapi dah takde dia tukar dengan kedai halal food yang ini. You jalam sampai la nampak hujung jalan dekat sini. restaurant ni special and sangat muslim friendly sebab ada surau yang tersangat selesa. so lepas makan boleh solat jamak sebelum sambung perjalanan.

Makanan dalam gambar ni ada mee udon dengan fishcake and nasi bulgogi. Kalau nak spicy korang boleh tambah chili flakes sebab dia tak berapa pedas. Makanan mesti la kena pair up dengan coca cola so just order je dekat counter okie.....


Next AYAM GORENG KOREA & SUSU BANANA/STRAWBERRY. please rasa dua dua ni i yang tak minum susu pun boleh suka cuma i lebih suka susu strawberry heheeh. Untuk air you guys boleh beli dekat semua mart dia orang harga semua sama.

Ayam you pergi dekat Itaewon. Dekat sini dia ada masjid so you boleh pergi singgah solat jamak okiee... Selain kedai ayam you boleh try kedai "Eid halal korean food" cuma kedai ni ramai dan mahal berbandaing kedai yang lain. Semua kedai berada di satu lorang yang sama so senang untuk cari. Macam i ni pergi before flight so boleh la makan makan dekat airport.

 

Benda wajib cuba!!! tersangatla manis jepun pun kalah...... Beli anggur dan strawberry dekat sana tak perlu beli dekat kedai mahal pun beli dekat ahjushi bawak lorry tepi jalan je dapat dua dua ni 10 000 won sahaja ( anggaran RM30). 




bersambung part 2....................








Comments