Skip to main content

Posts

Makan Halal Korea (Seoul) Wajib Cuba !!! Part 2

 Lapar la pulak tulis entry kali ni sebab cari balik gambar and video 4 bulan lepas terasa rindu korea hahahaha... guys sebelum tu makanan korea agak pricy sedikit jadi standby duit secukupnya ye ataupun follow your own budget. Kalau macam i memang focus on food so banyak habis dekat food tapi shopping pun banyak jugak!!! ntah la nakkkkk Okay sambung part 2 okay ni kita fokus dekat Myeondong syurga makanan halal food !! BUSAN JIB tapi i tak pernah bosan dengan makanan dia !!! HAHAHAH okay dekat sini ada macam macam makanan terlampau banyak dari ayam goreng korea ke grill atau ikan panggang plus samgyetang pun ada. Untuk pergi kesini korang kena pergi kehadapan sikit sampai la jumpa kedai Iphone. Masuk kanan nampak dah. Pekerja dekat sini banyak student dan muslim. Dua hari berturut i makan dekat sini hahahahah so itaewon goodbye. Kenangan manis masa makan daging malam kedua terakhir ada brother belanja meja kami happy sangat rezeki. Betullah ada pelangi selepas hujan sebab sebelum tu a
Recent posts

Makan Halal Korea (Seoul) Wajib Cuba !!!

 Okay kita sambung pulak makanan halal apa yang wajib cuba dan jangan MISSED OUT!! Basically yang kali ni punya trip berbeza dengan masa first time dulu. Banyak kedai yang dulu tak jual bab* dan arak sekarang dah ada jual. Almaklumlah ekonomi lepas covid kan merosot jadi pekedai yang dahulu muslim friendly ada yang sudah berubah. Jadi saya nasihatkan jika anda ragu ragu and boleh check halal food di website Korea Tourism Malaysia (KTO) ataupun di instagram mereka.  So lets go food adventure gituuu hahahah.. Makanan korea memang kira antara makanan yang popular disuruh pelusuk dunia (rileks yang tak suka tu takpe jangan la badmouth makanan negara lain okay) Apa lagi jom start!!!  Namsan Seoul Tower boleh try 1) Vege Taco 2) Ice Cream Churros (strawberry).  Sambil makan boleh tengok pemandangan kota Seoul. I swear if you guys love building scenery plus with beautiful blue sky you should lepak here !!                            Gapyeong food station. So saya nasihatkan untuk gapyeong sess

Nami Island & Petite France (Gapyeong Session)

Holla okay untuk posting kalini focus on road jauh sikit and kalau boleh untuk pergi ni peruntukan masa satu hari. Kalau tak pergi i rasa rugi la sebab best sangat. Untuk pergi location ni i suggest untuk bawak bekal sebab takut lapar kira emergency food supply la gituu... Okay first korang kena stop dekat cheongnyangni line 1 nak exhange to Gyeongchun line (sebab nak naik itx).Dah sampai dekat station cheongnyangni korang naik lift pergi tingkat penjualan tiket untuk itx (confirmkan dekat information centre). Lepastu korang beli tiket itx untuk pergi gapyeong (harga tiket 5,700won) bayaran boleh guna card t-money. Follow masa dan no train yang tertulis dekat tiket. No.4 tu lokasi gerabak yang mana anda perlu naik, dia ada tulis dekat lantai sebelum masuk train so tengok dekat situ tau. 15D tu nombor seat. Lepas dah settle semua boleh la rileks sehingga sampai ke destination. so bila dah beli akan dapat tiket macam ni Dah sampai dekat gapyeong nanti ada bus station, bus tu adalah khas

Subway Map / Subway Train Korea

 Hi dekat sini macam mana nak tengok subway map/ subway train dekat korea. Nampakkan banyak warna okay setiap line warna tu ada nombor dan jugak nama line. Contoh line orange tu (line 3).  So kalau nak tukar line contoh nak pergi dongdaemun, kena tukar line orange (line3) ke line biru (line1) i kena turun dekat station yang ada intersection iaitu dekat jogno-3-ga lepastu baru teruskan perjalanan dan turun dekat dongdaemun station. Setiap station pulak ada exit yang berlainan so kena tengok betul betul exit yang kita nak keluar takut jauh dengan destinasi kita (exit pun ada ditulis dekat signboard).  Nanti dia akan bagi signboard so ikut je signboard pastikan korang tahu nak pergi line apa and contoh kalau takde nama tempat korang dekat signboard tengok map balik and tengok dekat hujung line apa nama tempat dia mesti ada tertulis dekat signboard. Tengok betul tak ke arah map korang jalan tu. Insya allah takkan sesat cuma station dia orang ni kena banyak berjalan. Senang cerita macam MRT

Annyeonghaseyo!!! Korea Backpacker "Interesting Places To Go " Part 2

Interesting Places To Go Part 2 Starfield Library Okay kalau siapa yang minat buku maybe boleh pergi sini. Sebenarnya concept library korea ni adalah dalam mall mesti korang tak sangka kan sebab i pun tak sangka wei masa sampai. Lepastu ramai orang sikit and banyak je orang study and cari buku dekat sini. Cari jodoh tak pasti la pulak hahahaha... Untuk pergi ke sini korang kena turun dekat bonguensa line 9, exit 7. Lepastu korang keluar tu korang kena jalan sikit dalam 6-8 minit, tak terasa pun jauh sebab dalam mall. Korang jugak boleh pergi shopping dekat sini banyak brand korea yang affordable harga dia and sumpah rambang mata. Kwangya, SM Town Buiding Sesiapa yang minat kpop idol yang under sm entertainment boleh pergi dekat sini. Mana tahu jumpa idol korang. Dekat sini semua album keluaran baru atau lama semua available. Seoul Forest station, Bundang Line, Exit4  Bukchon Hanok Village Korang pergi dekat angguk station exit 2 (dekat setiap tangga tu ada no exit) lepastu dekat sini k

Annyeonghaseyo!!! Korea Backpacker "Interesting Places To Go " Part 1

Hallo!!! untuk post kali ni suitable untuk pergi semua jenis musim tapi yang i cerita ni i pergi musim sejuk so ada a bit different dari segi cuaca dan scenery tau. N-Seoul Tower     Okay so untuk pergi N seoul tower ni dia ada dua transport utama (naik cable car or shuttle namsan bus or nak jalan kaki naik bukit yang tinggi yang boleh kurus 30 kg sekali gus hahahah) so for me i choose naik shuttle bus easy sebab duration bus 15 min sekali akan ada lepastu harga lagi rendah dari naik cable car. so i stop dekat chungmuro station line 3, exit 2 lepastu keluar je nampak bus stop. Tunggu dekat situ and nampak la bus No. 2 tanya la dekat ahjushi driver for confirmation sebut je N seoul tower  dia akan angguk and suruh naik so korang naik la jangan takut pulak heheheh. (scan guna T-Money je guys 1100 won sahaja) Untuk siapa yang nak naik cable car korang turun dekat myeondong line 4 exit 1 and search dekat apple maps Namsan Cable Car. Insya allah sampai tak boleh nak bagi fully direction seb

Annyeonghaseyo!!! Korea Backpacker Arrival & Return to Malaysia

Subway map & written itinerary Okay jom cont' so map dengan itinerary tu dah macam belacan tak tahu la kenapa kejadiannya teruk sangat before pergi elok je hahahahahah. So posting akan dibahagikan kepada "Interesting places to go", "Must Eat at Korea" , "Gapyeong session" & "Shopping Time". Sampai je airport topup T-money 50000 won . Okay apa tu T-money? okay dia macam card tau untuk easy access korang guna public transport dekat korea. Dia takde expired date. Macam i dengan my sis, memang guna card yang lama tahun 2015 tapi takde masalah pun nak guna. Kalau korang takde korang boleh dapatkan card T money dekat  KTO malaysia search dekat google dia dekat bangunan Hap Seng tak silap. Ambik jugak brochure atau map yang berkaitan seoul so senang korang nak rancang perjalanan. Untuk T-Money dekat phone tu i tak pasti macam mana maybe boleh tanya KTO malaysia. Tempat tinggal i choose beewon guesthouse sebab tersangatlah selesa. Ada tempat